1983 :Ditubuhkan di Kampung Kenanga, Batu 17, Jalan Ipoh, Rawang dengan nama Sekolah Agama Menengah Ibnu Khaldun berkongsi dengan Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

1984 :Penubuhan Asrama puteri (ASPURI)

1987 :Tingkatan Empat dimulakan dengan menggunakan sukatan Al-Azhar dan Akademik.
1990 :Berpindah ke Batu 16, Jalan Ipoh, Rawang dan diberikan nama baharu iaitu Sekolah Agama Menengah Rawang dengan kependekan yang dipersetujui iaitu SAMER. Manakala sekolah lama kekal menggunakan nama Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun.

1995 :Perasmian Projek Pecah tanah bagi pembinaan Surau Darul Muttaqin SAMER oleh YAB Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib (Meteri Besar Selangor ketika itu)

1999 :Perasmian penggunaan surau dengan nama “MUSOLLA DARUL MUTTAQIN” pada bulan April, 1999.

2000 :Kelas aliran Sains bagi tingkatan 4 bermula.

2005 :Penubuhan makmal komputer dengan pembiayaan PIBG SAMER pada bulan April, 2005.

2006 :Proses menandatangani MOU penyerapan sekolah ke bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.

2008 :Proses penyerapan sepenuhnya ke KPM sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan tetapi masih mengekalkan dan menggunapakai nama Sekolah Agama Menengah Rawang serta mengekalkan Peperiksaan Menengah Agama (SMA) yang menjurus kepada Sukatan Al-Azhar dikekalkan sebagai salah satu peperiksaan utama yang mesti diduduki oleh pelajar di sekolah ini.

2010 :Sekolah Agama Menengah Rawang mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam pencapaian peperiksaan awam SPM, SMA dan PMR dan dicalonkan sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi dan dalam usaha itu, misi dan visi SAMER di perkukuh untuk kecemerlangan pada tahun-tahun yang seterusnya.

2011 :Satu lagi kelas diwujudkan untuk tingkatan 4 untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa dan dimulakan pada sesi persekolahan tahun 2012 menjadikan jumlah kelas tingkatan 4 kepada empat kelas dengan 2 kelas terdiri daripada kelas Sains.

2012 :Pada bulan Disember, Sekolah Agama Menengah Rawang menerima perubahan pucuk pimpinan Pentadbiran Sekolah dengan pertukaran pengetua baru iaitu Tn.Hj. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid. Sejarah mencatatkan Pengetua lelaki keempat daripada lapan pengetua yang terdahulu. Kehadiran beliau telah membawa Sekolah Agama Menengah Rawang terus mendominasi arus kecemerlangan yang menjadi tradisi terdahulu.

2013 :Pada bulan Mac, 2013 sebuah van sekolah dapat dimiliki atas usaha dan kerjasama pihak sekolah dan PIBG bagi kegunaan dan kebajikan warga sekolah.
Bermula September pula, Tn, Hj. Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid diarahkan berpindah ke SAMT Hishamuddin, Klang. Perpindahan tersebut digantikan oleh Tn. Hj. Mohamad Noor bin Ismail. Pada tahun ini merakamkan sejarah Sekolah Agama Men. Rawang yang menerima kehadiran dua orang pengetua.
Melancarkan Projek rintis VLE-Frog dalam Program 1Bestarinet, Kem.Pendidikan Malaysia dan berjaya mendapat tempat kedua dalam aplikasi.
Meneruskan kerjasama dengan KIST/ Darul Quran/Universiti Malaya/ UIAM/ USIM/ UITM dalam pelbagai program yang melibatkan para pelajar.

2014 :Sambutan Jubli Perak disempurnakan dengan lancar dan berjaya dengan kerjasama pihak Sekolah Agama Menengah Rawang, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, dan Alumni SAM.Rawang All Batch.
SAM Rawang telah dipilih menjadi sekolah rintis Pembelajaran dan Pengajaran Abad 21 negeri Selangor Darul Ehsan
Sekolah Agama Menengah Rawang terpilih sebagai salah satu sekolah SABK untuk Programme For International Student Assessment (PISA) dan melibatkan penilaian peringkat antarabangsa.

2015 :SAM Rawang terpilih menjadi sekolah rintis bagi Program PdP Abad21 dan memulakannya pada Januari, 2105

Terkini

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK 2016) akan diadakan pada 10 April 2016.












CARIAN ID YES